semalam yang tak pernah mampu ku terka ertinya
bahagiakah itu yang kemas dalam dakapmu
meski telah berulangkali aku bicarakan
untuk kembali menjejakimu, mengulangimu
lalu jernih realiti membisik simpati
saat itu takkan ada
takkan ada esok bila semalam masih disini
namun aku tersimpul dalam persoalan
dan keinginan akan rahsia semalam
rahsia yang kucipta berbekalkan angkuhku